Sunday, October 12, 2014

IMBAS KEMBALI...

Salam Mesra,

Pejam celik Semester Pengajian Julai 2014 kini hampir ke penghujungnya. Ketika ini, SEMUA pelajar KKHS sedang menduduki Peperiksaan Akhir Semester yang akan berlangsung sepanjang minggu ini. Semoga Berjaya !!

Imbas kembali...Banyak yang telah kita lalui sepanjang tempoh empat bulan kebelakangan ini. Suka, duka, susah dan senang telah pun kita harungi. Apa pun yang telah kita tempuhi, pasti ianya menjadi sebahagian daripada kenangan dan pengalaman kepada kita semua. Bertemu rakan baru...bersengketa sesama rakan...bermasam muka...bermaafan...bergelak ketawa...menangis...menerima kejutan..membuat kejutan...merajuk...dipujuk....sakit hati...menyakitkan hati....Semuanya asam garam dalam persahabatan dan pastinya mengukuhkan ikatan kekeluargaan SPL khususnya. Jangan berdendam dan sentiasa semaikan keikhlasan dalam hati. Hormat menghormati dan saling menghargai pasti memberikan kita ketenangan dalam jiwa.

Buat semua...buangkan yang keruh dan ambil yang jernih. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam...dan hari-hari esok terbaik buat kita semua..!!!

Buat pelajar SPL1..selamat menempuh hari-hari pengajian seterusnya dalam Semester Baru. Buat SPL 3...Selamat Maju Jaya dalam Latihan Industri yang akan ditempuhi nanti. Buat pensyarah...semoga CERIA selalu!!!

Sekian, buat kali ini...








Wednesday, July 23, 2014

Assalamualaikum...

Hari ini genap 26 hari kita menikmati bulan Ramadhan yang penuh barakah. Alhamdulillah...Allah masih mengurniakan kita kesempatan untuk terus bernafas dan menikmati segala kurniaanNya.

Ramadhan 1435H ini...melakar kenangan pahit dan manis bagi semua warga SPL KKHS. Pada 1 Julai 2014...kami menerima kehadiran sekumpulan anak-anak didik yang baru iaitu semua pelajar SPL 1. Bermula hari itulah ikatan ukhuwah dan kemesraan mula terjalin di kalangan kami. Keceriaan dan kenakalan pelajar-pelajar baru dan lama sentiasa memberikan semangat yang tidak ternilai kepada semua pensyarah SPL KKHS. Keceriaan tergambar di setiap wajah warga SPL KKHS..baik pelajar mahupun pensyarah.

Ikatan kekeluargaan yang terjalin ini dikukuhkan lagi dengan program CERIA RAMADHAN SPL KKHS 2014 yang dilaksanakan pada 16 Julai 2014 di bangunan Blok B KKHS. Program dimulakan dengan aktiviti gotong royong memasak bubur lambuk, menghias lobi, solat Maghrib berjemaah dan berbuka puasa sambil membuat rakaman Video Klip Raya Unit SPL KKHS 2014 " SPL Glamour Nak Raya 2014". Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Ikatan ukhuwah di kalangan kami semakin erat.















Ya Allah!! Dalam kegembiraan dan keceriaan kami alpa sehingga tidak pernah terfikir bahawa Kau akan menduga kami dengan satu ujian yang amat memedihkan. Pada pagi 23 Julai 2014 bersamaan 25 Ramadhan 1435H, genap seminggu selepas Program CERIA RAMADHAN dijalankan hujan turun dari awal pagi dan mendinginkan suasana. Pada ketika itulah salah seorang pelajar SPL 1B telah terlibat dalam kemalangan jalanraya yang telah meragut nyawanya. Arwah ialah Muhammad Muzammir bin Khalid...pelajar yang sentiasa ceria, berbudi bahasa dan sangat menonjol dan berpotensi di dalam kelas. Innalillahiwainnailaihirajiun....Ya Allah hanya Engkau yang Maha Mengetahui segala percaturan dariMU. Kami redha Ya Allah..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di sisiMU. InsyaAllah...Amiiin !!  ALFATIHAH..


Kepada semua pembaca dan Warga SPL KKHS...Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. 

Thursday, July 3, 2014

Salam Ramadhan

Salam Mesra..!!


Sempena kehadiran bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua warga SPL KKHS khususnya dan pelawat blog ini umumnya. Marilah kita semarakkan kehadiran Ramadhan kali ini dengan menghayati kemanisannya dan mengingkatkan amalan demi mendapat keberkatanNya.

Selamat Datang diucapkan kepada pelajar-pelajar SPL 1 ke Kolej Komuniti Hulu Selangor. Selamat menempuh hari-hari yang indah di KKHS bersama kami!!! Kepada pelajar-pelajar SPL 3 pula, semoga semangat kalian masih terus membara untuk mencapai impian untuk berjaya. Buat pelajar-pelajar SPL 4 yang baharu sahaja memulakan Sesi Latihan Industri, selamat maju jaya dan jaga diri selalu!!

Selamat menjalankan tugas juga diucapkan kepada Cik Nurul Ashikin Romle, ahli baharu dalam keluarga Unit SPL, KKHS.

Semoga Sesi Pengajian Julai 2014 ini melakar memori indah buat semua!!! Sekian.


SPL "Creative, Innovative, Dynamic & Success"

Ikhlas dari
Ketua Program Sijil pelancongan & Pengembaraan
Kolej Komuniti Hulu Selangor

Monday, March 10, 2014

SELAMAT DATANG KE BLOG SPL KKHS..!!!

Blog ini dibangunkan bagi tujuan memberi kemudahan kepada semua pembaca khususnya di kalangan pelajar dan pensyarah di bawah Program Sijil Pelancongan dan Pengembaraan (SPL) Kolej Komuniti Hulu Selangor dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia amnya.


Kewujudan blog ini diharap dapat dimanfaatkan oleh pelajar terutama ketika mengikuti setiap Kursus di bawah Program SPL ini. Blog ini akan berfungsi sebagai ONE STOP CENTRE yang membolehkan pelajar mencapai nota pembelajaran, maklumat aktiviti pembelajaran dan membuat latihan secara atas talian (online).


Melalui blog ini pensyarah juga dapat memberikan maklumat dan makluman terkini berkaitan aktiviti kursus masing-masing. Kandungan dan pengisian blog ini akan sentiasa dikemaskini oleh semua pensyarah yang terlibat. Selain daripada itu juga, pelajar dan pensyarah juga dapat sentiasa berhubung dan berbincang tanpa mengira masa dan tempat melalui SHOUTBOX yang disediakan.


Anda juga boleh melihat pelbagai koleksi foto yang dimuat naik di Galeri Gambar. Manakala ruangan CORAT CORET memberi ruang kepada setiap pensyarah SPL untuk memaparkan hasil karya masing-masing yang boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca.


Anda juga boleh memberikan komen bagi tujuan penambahbaikan kepada Blog ini. Semoga Blog ini bermanfaat untuk semua.


Selamat kembali kepada semua pelajar SPL KKHS yang akan mengikuti Sesi Mac 2014 ini. Semoga pengalaman semester lepas menjadi kenangan yang terindah dalam diari hidup anda. Marilah sama-sama kita membuka lembaran baru untuk semester yang baru ini.


Sekian.


"SPL CREATIVE, INNOVATIVE, DYNAMIC & SUCCESS"










Ketua Program
SPL, KKHS
10 Mac 2014

Wednesday, February 19, 2014

UNIT PELANCONGAN DAN PENGEMBARAAN


Perkembangan industri pelancongan negara yang pesat telah menyumbang kepada permintaan tenaga kerja yang berkemahiran dan berkebolehan dalam pelbagai tugas berkaitan.  Berdasarkan senario ini, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti berusaha merancang dan mengadakan program  Sijil Pelancongan Dan Pengembaraan bagi memastikan pelajar yang dapat memenuhi kehendak industri di dalam bidang tersebut. Pelajar berpeluang mempelajari segala kemahiran hospitaliti yang berkaitan secara praktikal bagi memastikan mereka memperolehi pengetahuan yang mendalam. Selain itu, program ini juga menawarkan Latihan Industri bagi memastikan pelajar merasai suasana sebenar alam pekerjaan. Bukan sahaja kemahiran teknikal, malah pelajar juga mempelajari kemahiran insaniah bagi menyediakan untuk industri. Melalui program ini, pelajar secara tidak langsung dapat juga menyambungkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Program ini direkabentuk bertujuan memperkenalkan pelajar kepada keperluan tenaga kerja yang terkini berdasarkan permintaan industri.  Pelajar akan memperolehi pengalaman bagaimana untuk melaksanakan dan mengendalikan aktiviti berkaitan pelancongan dan pengembaraan. pelajar berkemampuan untuk menguruskan projek berkenaan dengan aktiviti pelancongan dan pengembaraan.

link utk apps