CORAT CORET

Tips Merancang Percutian


Percutian adalah merupakan salah satu cara untuk menenangkan minda dan juga masa untuk bersama keluarga. Oleh itu, percutian anda hendaklah menjadi satu kenangan yang manis sepanjang hidup anda. Walaubagaimanapun, ramai yang menganggap, percutian yang menarik memerlukan belanja yang banyak dan tidak mampu dimiliki.

Jika anda bercadang untuk bercuti, ada beberapa perkara yang anda harus tahu dan lakukan terlebih dahulu. Tidak kira bercuti di dalam atau di luar negara, yang paling penting ialah merancang percutian mengikut bajet atau kemampuan yang telah ditetapkan.

Di sini, kami cuba memberi sedikit panduan merancang percutian untuk membantu anda membuat persediaan percutian anda.

Lets check it out!!!!

1. Rancang lebih awal

Sediakan tabung pelancongan seawal 6 bulan atau setahun daripada tarikh anda merancang untuk melancong. Untuk tidak membebankan anda, menabung secara konsisten membuatkan anda rasa sangat selesa untuk merancang percutian.

Sebelum itu, anda dinasihatkan untuk menentukan samada anda ingin:
  • Percutian ke pulau-pulau, taman tema, atau pusat-pusat peranginan
  • Selepas itu, anda akan memilih destinasi yang menawarkan percutian seperti yang anda inginkan. Ambil kira tentang aktiviti, hal-hal pengangkutan dan juga penginapan dan tempat-tempat menarik di destinasi pilihan.
  • Jumlah peserta yang akan bercuti bersama anda - penting untuk menentukan kos.

2. Rancang waktu

Kebiasaannya orang akan mula melancong setiap kali cuti panjang atau cuti persekolahan. Di waktu puncak seperti ini harga tiket kapal terbang, hotel, sewa kereta dan segala pakej pelancongan akan mula naik dan amat berbeza dengan harga di hari-hari biasa. Cuba elakkan melancong diwaktu puncak terutamanya di penghujung tahun.


3. Bajet

Kebiasaannya, percutiaan memang memerlukan belanja yang besar. Bergantung kepada kos penginapan, kos pengangkutan, kos aktiviti, makanan, dan wang kecemasan. Sekiranya anda ingin merancang bajet, pastikan anda telah menetapkan amaun yang bersesuaian. Contohnya RM200/mlm untuk penginapan. Anda akan membuat carian hotel/homestay/apartmen melalui laman web berdasarkan bajet yang telah anda buat.Lebih mudah, buka sahaja Trivago dan perbandingan antara web akan dibuat secara automatik. Begitu juga dengan kos-kos lain yang terlibat sewaktu anda merancang untuk bercuti. 

Sediakan wang mengikut bajet yang telah anda sediakan. Jika boleh, elakkan daripada berbelanja lebih dari bajet anda. 


4. Rancang cuti rehat

Untuk yang bekerja, penting untuk anda rancang tarikh bercuti dan beritahu bos awal-awal. Bila da bagitahu bos awal, dia pun boleh rancang apa yang perlu dibuat bila anda bercuti. Dan anda akan sedaya upaya menyelesaikan kerja sebelum bercuti panjang. Jika tidak, anda akan diganggu sewaktu bercuti bertanyakan hal-hal kerja. Ini sangat tidak menyeronokkan.


5. Anak kecil

Bercuti bersama anak kecil mungkin memerlukan perhatian terutamanya untuk bayi dan kanak-kanak yang berusia 2 tahun dan ke bawah. Pastikan anda telah membekalkan mereka dengan keperluan asas seperti makanan kudap (biskut/roti/buah), lampin pakai buang yang mencukupi, dan mainan kegemaran mereka. Selalunya, bayi atau kanak-kanak2 kecil ini sukar menerima perubahan suasana yang berlainan dengan rumah mereka. Selesakan mereka sebaik mungkin, dan anda akan mendapati ianya adalah pengalaman paling bermakna untuk percutian ini.


6. Mencari maklumat

Anda dinasihatkan membuat sedikit carian maklumat supaya percutian anda menjadi sangat berbaloi. Baca sedikit info mengenai hotel yang anda telah pilih untuk menginap. Baca komen-komen tetamu terdahulu mengenai pengalaman mereka sewaktu menginap di hotel tersebut. Aktiviti-aktiviti juga perlu dirancang supaya percutian anda bukan hanya 'terperap' di bilik hotel. Cari di talian, "things to do" di destinasi pilihan anda. Pilihlah tempat yang mempunyai keunikan, bagus dan diakui oleh kebanyakan orang. Jangan sampai anda pergi ke tempat yang tidak menyeronokkan dengan harga yang tidak berbaloi. Ini boleh menjadi mimpi ngeri dalam percutian anda!!! 


7. Sediakan dokumen perjalanan

Sekiranya anda merancang percutian ke luar negara, pastikan dokumen perjalanan anda masih sah. Passport masih sah digunakan tidak kurang dari 6 bulan sebelum tamat tempoh. Sekiranya destinasi anda memerlukan visa, segerakan urusan tersebut. Tiket dan pelbagai lagi dokumen yang diperlukan perlu diperiksa dengan teliti dan baik.

-corat coret-Norazwani Binti SuhaimiMALAYSIA



KENALI NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA




Setiap hari kebanyakan kita semakin sibuk mengenali negara luar. malah ada yang lebih mengenali dan boleh mengetahui sejarah negara lain berbanding negara sendiri. Apa kata kita kenali negeri-negeri yang terdapat di dalam negara kita Malaysia yang tercinta? Klik di sini

Terima kasih kepada admin blog berkenaan kerana berkongsi sesuatu yang sangat bermakna kepada kita semua..!!!

p/s : Sharing is caring...shared by Haslinda Abd Hamid.


ADA APA DENGAN PELANCONGAN?


Dulu ramai orang tak tahu tentang kerjaya di dalam sektor pelancongan. Kebanyakkan orang ramai berpendapat bahawa, bila kita study dalam bidang pelancongan dan setelah kita dah habis belajar, kita hanya boleh bekerja di agensi-agensi pelancongan sebagai Travel Agent, kerja di hotel-hotel dan Airlines Industry ( ramai orang kata, bila belajar  pelancongan ..nanti bila dah tamat belajar..mesti akan bekerja sebagai Pramugara atau Pramugari sebab asyik travel ke sana sini je kan)…TAPI KINI…masyarakat sudah boleh memandang luas tentang kerjaya dalam bidang pelancongan.

Ada apa dengan PELANCONGAN?..

Ketika saya ingin melanjutkan pelajaran di IPTA dalam bidang pengurusan pelancongan, ramai di antara rakan-rakan yang memberikan respon yang kurang menarik hendak di dengar.  Ini kerana ramai rakan-rakan saya pada ketika itu mengambil kursus dalam Pengurusan Perakaunan, Perundangan,  Perniagaan dan ada yang belajar dalam Sains (sebab mereka kata nak jadi Doktor). Ada yang mengatakan, "lepas habis belajar di dalam bidang pelancongan nak kerja apa ya" kepada saya. Pada ketika itu, mereka berpendapat bidang pelancongan hanya sekadar  “melancong” sahaja. ..Tetapi tidak bagi saya, kerana apa yang saya lihat bidang pelancongan ini terlalu luas pekerjaannya yang boleh dipohon.

Untuk pengetahuan umum, bidang pengurusan pelancongan ini bukan hanya mempelajari pelancongan semata-mata sahaja, malahan ilmu matematik, prinsip akaun, undang-undang, pengurusan, bahasa inggeris, agama islam (bagi yang memasuki IPTA) dan yang lain adalah berkaitan dengan pelancongan.

Bagi pelajar-pelajar saya yang kini sedang belajar di Kolej Komuniti Hulu Selangor di dalam bidang Sijil Pelancongan dan Pengembaraan (SPL), mereka juga ada mempelajari Fotografi (di dalam kursus Interpretasi Pelancongan SPL 1034). Mereka juga didedahkan dengan kursus outdoor activities (di dalam subjek Rekreasi Darat SPL 2014 dan Rekreasi Air SPL 3015. Kedua-dua kursus ini menyediakan pelajar  dengan pengetahuan, kemahiran & kepimpinan dlm pelbagai aktiviti rekreasi darat & air). Selain itu, mereka juga didedahkan dengan cara-cara berkomentar sebagai Pemandu Pelancong (di dalam kursus Komentar Pemandu Pelancong SPL 2023). Pendek kata, apabila kita belajar dalam bidang pelancongan..kita banyak didedahkan tentang cara-cara berkomunikasi dan tentang pengurusan dengan betul (ini kerana pelajar-pelajar saya banyak diberi pendedahan dengan aktiviti-aktiviti amali seperti demonstari, presentation dan simulasi projek di dalam kelas dan di luar kelas).

Oleh yang demikian, daripada bidang yang saya nyatakan di sini, anda sudah dapat mengagak apakah kerja yang sesuai bakal anda mohon. Jadi soal kerja apa untuk bidang pengurusan pelancongan, adalah tidak timbul. Kalau anda tidak berminat hendak bekerja di dalam industri pelancongan, anda bolehlah menceburi dalam bidang pendidikan, sebagai pensyarah pelancongan. Namun begitu, tidak  kira samada anda ingin menjadi Travel Agent, Pemandu Pelancong, Pramugari & Pramugara, Fotographer Pelancongan atau Pensyarah Pelancongan...apa yang paling penting adalah ILMU. Perbanyakkan ilmu dan pengalaman anda. Dengan berbekalkan ilmu &  pengalaman yang banyak (tak kisah apa yang anda ingin jadi, yang penting jadilah orang yang berguna ye)…. insya Allah kejayaan dalam 
kehidupan pasti dalam genggaman!!  




Dicoret oleh : ~SARINAH BINTI MALEK~


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<



Malaysia ialah sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan persekutuan di Asia Tenggara yang terdiri daripada tiga belas negeri di Asia Tenggara yang terdiri daripada tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan. Keluasan Malaysia ialah 329,847 kilometer persegi (127,350 batu²). Malaysia terbahagi kepada dua kawasan yang merentangi Laut China Selatan, iaitu Semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia (Malaysia Barat dan Timur). Malaysia berjiran dengan negara seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei. Ibu negar Malaysia ialah Kuala Lumpur yang juga dikenali sebagai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur manakal Putrajaya pula merupakan pusat bagi kerajaan Persekutuan. Pada tahun 2009, populasi penduduk Malaysia ialah 28 juta orang.



Malaysia berakar-umbikan Kerajaan-Kerajaan melayu yang wujud di wilayahnya dan menjadi taklukan Empayar British sejak abad ke 18. Wilayah British pertama di sini dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat. Semenanjung Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya, mula disatukan di bawah Komenwel pada tahun 1946, sebelum menjadi Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Pada tahun 1963, Tanah Melayu bersatu dengan negeri Sabah, Sarawak dan Singapura. Pada tahun 1965, Singapura keluar dari persekutuan untuk menjaid negara yang bebas. Semenjak itu, Malaysia menikmati antara ekonomi yang terbaik di Asia, dengan purata pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) kira-kira 6.5% selama 50 tahun pertama kemerdekaannya. Ekonomi negara yang selama ini dijana oleh sumber alamnya kini juga berkembang dalam sektor sains, pelancongan, perdagangan dan perubatan.

Ketua negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong, iaitu raja elektif yang terpilih dari kalangan sembilan raja negeri Melayu. Ketua kerajaannya pula ialah Perdana MenteriSistem kerajaan Malaysia banyak berdasarkan sistem parlimen Westminster, dan sistem perundangannya juga berasaskan undang-undang am Inggeris.

Malaysia terletak berdekatan dengan khatulistiwa dan beriklim tropika, serta mempunyai kepelbagaian flora dan fauna, sehingga menjadi salah satu daripada 17 negara megadiversiti. Di Malaysia terletaknya Tanjung Piai, titik paling selatan di seluruh tanah besar Eurasia. Malaysia ialah sebuah negara perintis Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara dan Pertubuhan Persidangan Islam, dan juga anggota Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik, Negara-Negara Komanwel, dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysia

HAFIZ A RAHMAN


Sejarah Daerah Hulu Selangor

Daerah Hulu Selangor (dahulu dieja Ulu Selangor) merupakan salah sebuah daerah yang terletak di utara negeri Selangor. Dari sudut geografi, Daerah Hulu Selangor terletak di utara Lembah Klang dengan keluasan 174,047 hektar, hampir sama keluasan dengan negeri Melaka.Jumlah penduduknya lebih kurang 178,500 orang (2005) atau 3.7 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Negeri Selangor, dan kini semakin meningkat sejajar dengan pembangunan semasa.

Daerah Hulu Selangor juga merupakan daerah yang terbesar daripada sembilan buah daerah di degeri Selangor. Ia bersempadan dengan negeri Perak di utara dan negeri Pahang di sebelah timur. Daerah yang pada suatu ketika dahulu dikenali sebagai “The Sleeping Hollow serta terletak di kawasan terpinggir daripada limpahan kemajuan negara, kini telah mengorak langkah dengan kepesatan pembangunan dan kemajuan di semua bidang selaras dengan visi Negeri Selangor ke arah “Negeri Idaman,Maju dan Sejahtera”.

 Daerah ini mempunyai 13 buah mukim iaitu: 

 Bil
Mukim
Keluasan(Hektar)
Keluasan(Ekar)
 1
 Hulu Bernam (Utara  dan Selatan)
44,680
11,0405
 2
 Kalumpang
4,144
10,240
 3
 Kuala Kalumpang
3,885
9,599
 4
 Sungai Gumut
4,144
10,240
 5
 Sungai Tinggi
16,006
39,550
 6
 Kerling
17,534
43,326
 7
 Ampang Pecah
4,143
10,237
 8
 Buloh Telur
2,589
6,397
 9
 Pertak
20,383
50,366
 10
 Rasa
8,262
20,416
 11
 Batang Kali
16,265
40,191
 12
 Hulu Yam
11,111
27,456
 13
 Serendah
12,901
51,647
Jumlah
174,047
430,070
Sumber : Pejabat Daerah & Tanah Hulu Selangor, 2007

Pada masa kini, Daerah Hulu Selangor mampu berbangga dengan wujudnya pelbagai projek mega seperti kawasan Otomobil Nasional Kedua atau Perodua, kawasan perindustrian, perumahan , pelancongan, bandar moden di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa, Sungai Buaya, Antara Gapi, Serendah, Batang Kali dan Lembah Beringin di Kerling. Terdapatnya interchange lebuh raya PLUS di Bukit Beruntung, Lembah Beringin dan Sungai Buaya menambahkan lagi kerancakan pembangunan kawasan ini.



Sungai Selangor dahulunya merupakan alat perhubungan utama yang menghubungkan Bukit Fraser bersempadanan dengan negeri Pahang hingga ke Kuala Selangor dan sungai-sungai lain seperti Sungai Serendah, Sungai Batang Kali, Sungai Liam, Sungai Inki, Sungai Kerling dan Sungai Bernam. Kawasan kaki Banjaran Titiwangsa ini kaya dengan bukit-bukau yang menghijau dan telah menarik tumpuan industri pelancongan serta penubuhan institusi pendidikan di daerah ini.



Selain rangkaian lebuh raya utara selatan PLUS dan jalan raya utama Persekutuan Kuala Lumpur ke Tanjung Malim, terdapat juga rangkaian jalan negeri seperti jalan Hulu Yam ke Sungai Tua, Batang Kali ke Genting Highlands, Sungai Tengi ke Batang Berjuntai dan Kuala Kubu Bharu ke Bukit Fraser. Semuanya merupakan pintu masuk ke daerah Hulu Selangor yang menjadi pemangkin ke arah pembangunan yang lebih pesat lagi.



Daerah Hulu Selangor mula wujud semasa permulaan pemerintahan British di Kuala Kubu Bharu iaitu pada 12 Mei 1883, selepas Sembilan tahun campur tangan British di negeri Selangor.



Pada zaman British, pentadbiran daerah Hulu Selangor dikenali sebagai “Collector and Magistrate of Ulu Selangor“ dan antara penjawatnya ialah Cecil Ranking dan Mac Carthy iaitu semasa Frank Sweettenham menjadi Residen British di Selangor. Pada mulanya pentadbiran daerah terletak di Kuala Kubu (lama) yang kini dikenali dengan nama “Ampang Pecah“. Pemindahan ke tempat pentadbiran yang baru pada 1 September 1930 seperti yang terdapat pada masa kini adalah kerana kawasan bandar lama tersebut terletak di kawasan yang rendah dan sering berlaku kejadian banjir besar.

Sumber : Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)



Dicoret oleh : Hafiz Bin A Rahman 


No comments:

Post a Comment