Wednesday, July 23, 2014

Assalamualaikum...

Hari ini genap 26 hari kita menikmati bulan Ramadhan yang penuh barakah. Alhamdulillah...Allah masih mengurniakan kita kesempatan untuk terus bernafas dan menikmati segala kurniaanNya.

Ramadhan 1435H ini...melakar kenangan pahit dan manis bagi semua warga SPL KKHS. Pada 1 Julai 2014...kami menerima kehadiran sekumpulan anak-anak didik yang baru iaitu semua pelajar SPL 1. Bermula hari itulah ikatan ukhuwah dan kemesraan mula terjalin di kalangan kami. Keceriaan dan kenakalan pelajar-pelajar baru dan lama sentiasa memberikan semangat yang tidak ternilai kepada semua pensyarah SPL KKHS. Keceriaan tergambar di setiap wajah warga SPL KKHS..baik pelajar mahupun pensyarah.

Ikatan kekeluargaan yang terjalin ini dikukuhkan lagi dengan program CERIA RAMADHAN SPL KKHS 2014 yang dilaksanakan pada 16 Julai 2014 di bangunan Blok B KKHS. Program dimulakan dengan aktiviti gotong royong memasak bubur lambuk, menghias lobi, solat Maghrib berjemaah dan berbuka puasa sambil membuat rakaman Video Klip Raya Unit SPL KKHS 2014 " SPL Glamour Nak Raya 2014". Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Ikatan ukhuwah di kalangan kami semakin erat.















Ya Allah!! Dalam kegembiraan dan keceriaan kami alpa sehingga tidak pernah terfikir bahawa Kau akan menduga kami dengan satu ujian yang amat memedihkan. Pada pagi 23 Julai 2014 bersamaan 25 Ramadhan 1435H, genap seminggu selepas Program CERIA RAMADHAN dijalankan hujan turun dari awal pagi dan mendinginkan suasana. Pada ketika itulah salah seorang pelajar SPL 1B telah terlibat dalam kemalangan jalanraya yang telah meragut nyawanya. Arwah ialah Muhammad Muzammir bin Khalid...pelajar yang sentiasa ceria, berbudi bahasa dan sangat menonjol dan berpotensi di dalam kelas. Innalillahiwainnailaihirajiun....Ya Allah hanya Engkau yang Maha Mengetahui segala percaturan dariMU. Kami redha Ya Allah..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di sisiMU. InsyaAllah...Amiiin !!  ALFATIHAH..


Kepada semua pembaca dan Warga SPL KKHS...Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. 

Thursday, July 3, 2014

Salam Ramadhan

Salam Mesra..!!


Sempena kehadiran bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua warga SPL KKHS khususnya dan pelawat blog ini umumnya. Marilah kita semarakkan kehadiran Ramadhan kali ini dengan menghayati kemanisannya dan mengingkatkan amalan demi mendapat keberkatanNya.

Selamat Datang diucapkan kepada pelajar-pelajar SPL 1 ke Kolej Komuniti Hulu Selangor. Selamat menempuh hari-hari yang indah di KKHS bersama kami!!! Kepada pelajar-pelajar SPL 3 pula, semoga semangat kalian masih terus membara untuk mencapai impian untuk berjaya. Buat pelajar-pelajar SPL 4 yang baharu sahaja memulakan Sesi Latihan Industri, selamat maju jaya dan jaga diri selalu!!

Selamat menjalankan tugas juga diucapkan kepada Cik Nurul Ashikin Romle, ahli baharu dalam keluarga Unit SPL, KKHS.

Semoga Sesi Pengajian Julai 2014 ini melakar memori indah buat semua!!! Sekian.


SPL "Creative, Innovative, Dynamic & Success"

Ikhlas dari
Ketua Program Sijil pelancongan & Pengembaraan
Kolej Komuniti Hulu Selangor