Assalamualaikum...
Hari ini genap 26 hari kita menikmati bulan Ramadhan yang penuh barakah. Alhamdulillah...Allah masih mengurniakan kita kesempatan untuk terus bernafas dan menikmati segala kurniaanNya.


Ikatan kekeluargaan yang terjalin ini dikukuhkan lagi dengan program CERIA RAMADHAN SPL KKHS 2014 yang dilaksanakan pada 16 Julai 2014 di bangunan Blok B KKHS. Program dimulakan dengan aktiviti gotong royong memasak bubur lambuk, menghias lobi, solat Maghrib berjemaah dan berbuka puasa sambil membuat rakaman Video Klip Raya Unit SPL KKHS 2014 " SPL Glamour Nak Raya 2014". Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Ikatan ukhuwah di kalangan kami semakin erat.
Ya Allah!! Dalam kegembiraan dan keceriaan kami alpa sehingga tidak pernah terfikir bahawa Kau akan menduga kami dengan satu ujian yang amat memedihkan. Pada pagi 23 Julai 2014 bersamaan 25 Ramadhan 1435H, genap seminggu selepas Program CERIA RAMADHAN dijalankan hujan turun dari awal pagi dan mendinginkan suasana. Pada ketika itulah salah seorang pelajar SPL 1B telah terlibat dalam kemalangan jalanraya yang telah meragut nyawanya. Arwah ialah Muhammad Muzammir bin Khalid...pelajar yang sentiasa ceria, berbudi bahasa dan sangat menonjol dan berpotensi di dalam kelas. Innalillahiwainnailaihirajiun....Ya Allah hanya Engkau yang Maha Mengetahui segala percaturan dariMU. Kami redha Ya Allah..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di sisiMU. InsyaAllah...Amiiin !! ALFATIHAH..
Kepada semua pembaca dan Warga SPL KKHS...Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.