Thursday, April 19, 2018

Pengumuman : SPL The Voice

Anda ada SUARA yang gemersik bak buluh perindu???
Anda ada BAKAT terendam dan terpendam???

Masa terbaik untuk anda menunjuk sekarang!!!

Sertai Pencarian Bakat Seni Suara bagi mewakili suara unit SPL.. 

Unit SPL dengan bangganya akan mengadakan pertandingan SPL The Voice bagi mencari bakat dalam seni suara..
Buktikan anda adalah juara!!!


  • Peserta boleh mula mengisi borang secara atas talian mulai 23 April 2018. Anda akan menerima link melalui resit pembayaran.
  • Kategori yang akan dipertandingkan:
          - Solo Lelaki / Perempuan ( terhad kepada 20 tempat sahaja)
          - Duet Sama Jantina / Campuran ( terhad kepada 15 tempat sahaja)


  • Syarat penyertaan boleh klik disini... 


Daftar penyertaan anda di sini....

Klik untuk ke pautan Borang Penyertaan

Minus 1 yang akan digunakan boleh klik pada pautan di bawah :

Kategori Solo Lelaki

Kategori Solo Perempuan

Friday, March 17, 2017

Pertandingan "SPL GOT LOGO" - Syarat dan Poster

Anda Kreatif??
Anda banyak idea??
Ingin memenangi wang besar??
Jom sertai pertandingan ini.....
Keep Calm and Move Your Pen n Pencil...





SYARAT-SYARAT MENCIPTA LOGO PROGRAM SIJIL PELANCONGAN & PENGEMBARAAN KOLEJ KOMUNITI HULU SELANGOR

1.     Penyertaan adalah sebanyak RM 5.00 dan terbuka kepada semua pensyarah, pelajar dan alumni daripada Sijil Pelancongan dan Pengembaraan Kolej Komuniti Hulu Selangor.
2.   Peserta boleh menghantar maksimum 2 penyertaan sahaja. Walau bagaimanapun, hanya SATU (1) logo sahaja dipilih sebagai pemenang utama.
3.   Rekabentuk logo hendaklah hasil ciptaan yang asli dan mengikut kreativiti masing-masing.
4.      Rekabentuk logo bolehlah dicipta sama ada dengan lukisan tangan atau menggunakan grafik komputer serta hendaklah dihantar dalam dua (2) bentuk berikut :
a.      Dalam saiz A4 (ukuran 21 cm x 29.7 cm) dalam bentuk “Sketches” atau “painting” dan dilekatkan pada kertas tebal atau mounting board; dan
b.      Dalam bentuk “softcopy” menggunakan format JPEG resolusi minimum 1280 x 960.
5.      Logo yang dicipta hendaklah:
a.    Mempunyai penjelasan atau maksud atau rasional. Keterangan ringkas atau penjelasan mengenai reka bentuk logo, simbol serta warna yang digunakan hendaklah disertakan (maksimum 50 patah perkataan sahaja).
b.    Pengunaan AKRONIM yang menjelaskan maksud setiap abjad S.P.L (contoh; S bermaksud Suka)
c.    Warna SPL : BEBAS
d.    Tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif serta boleh menyinggung mana-mana pihak.
6.      Semua logo yang diterima oleh Jawatankuasa Unit SPL akan menjadi hak milik unit dan tidak akan dikembalikan. Unit SPL berhak ke atas logo yang terpilih sama ada untuk dipindah atau diubahsuai ataupun bagi maksud untuk digunakan atau dipamerkan ataupun dicetak dalam mana-mana majlis dan barangan unit SPL.
7.   Setiap penyertaan hendaklah dihantar ke alamat di bawah sebelum atau selewat-lewatnya pada 3 April 2017 (Isnin) jam 5.00 Petang : Urus Setia Pertandingan Mencipta Logo Unit SPL (PIC: Puan Noraida Binti Abu Seman). Kolej Komuniti Hulu Selangor, No 43-57, Jalan Kelah 2, Taman Perniagaan Kelah,44300 Batang Kali, Selangor. No Tel: 016-3350994
8.  Borang penyertaan boleh didapati melalui pensyarah kelas masing-masing atau berurusan dengan Puan Noraida di talian 016-3350994 (Alumni)
9.       Pemenang akan menerima hadiah bernilai wang tunai RM 200 berserta sijil penyertaan.
10. Keputusan akan diumumkan melalui kkhstourism.blogspot.com. Keputusan panel penilai adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

Tuesday, December 6, 2016

Tips Merancang Percutian


Percutian adalah merupakan salah satu cara untuk menenangkan minda dan juga masa untuk bersama keluarga. Oleh itu, percutian anda hendaklah menjadi satu kenangan yang manis sepanjang hidup anda. Walaubagaimanapun, ramai yang menganggap, percutian yang menarik memerlukan belanja yang banyak dan tidak mampu dimiliki.

Jika anda bercadang untuk bercuti, ada beberapa perkara yang anda harus tahu dan lakukan terlebih dahulu. Tidak kira bercuti di dalam atau di luar negara, yang paling penting ialah merancang percutian mengikut bajet atau kemampuan yang telah ditetapkan.

Di sini, kami cuba memberi sedikit panduan merancang percutian untuk membantu anda membuat persediaan percutian anda.

Lets check it out!!!!

1. Rancang lebih awal

Sediakan tabung pelancongan seawal 6 bulan atau setahun daripada tarikh anda merancang untuk melancong. Untuk tidak membebankan anda, menabung secara konsisten membuatkan anda rasa sangat selesa untuk merancang percutian.

Sebelum itu, anda dinasihatkan untuk menentukan samada anda ingin:
  • Percutian ke pulau-pulau, taman tema, atau pusat-pusat peranginan
  • Selepas itu, anda akan memilih destinasi yang menawarkan percutian seperti yang anda inginkan. Ambil kira tentang aktiviti, hal-hal pengangkutan dan juga penginapan dan tempat-tempat menarik di destinasi pilihan.
  • Jumlah peserta yang akan bercuti bersama anda - penting untuk menentukan kos.

2. Rancang waktu

Kebiasaannya orang akan mula melancong setiap kali cuti panjang atau cuti persekolahan. Di waktu puncak seperti ini harga tiket kapal terbang, hotel, sewa kereta dan segala pakej pelancongan akan mula naik dan amat berbeza dengan harga di hari-hari biasa. Cuba elakkan melancong diwaktu puncak terutamanya di penghujung tahun.


3. Bajet

Kebiasaannya, percutiaan memang memerlukan belanja yang besar. Bergantung kepada kos penginapan, kos pengangkutan, kos aktiviti, makanan, dan wang kecemasan. Sekiranya anda ingin merancang bajet, pastikan anda telah menetapkan amaun yang bersesuaian. Contohnya RM200/mlm untuk penginapan. Anda akan membuat carian hotel/homestay/apartmen melalui laman web berdasarkan bajet yang telah anda buat.Lebih mudah, buka sahaja Trivago dan perbandingan antara web akan dibuat secara automatik. Begitu juga dengan kos-kos lain yang terlibat sewaktu anda merancang untuk bercuti. 

Sediakan wang mengikut bajet yang telah anda sediakan. Jika boleh, elakkan daripada berbelanja lebih dari bajet anda. 


4. Rancang cuti rehat

Untuk yang bekerja, penting untuk anda rancang tarikh bercuti dan beritahu bos awal-awal. Bila da bagitahu bos awal, dia pun boleh rancang apa yang perlu dibuat bila anda bercuti. Dan anda akan sedaya upaya menyelesaikan kerja sebelum bercuti panjang. Jika tidak, anda akan diganggu sewaktu bercuti bertanyakan hal-hal kerja. Ini sangat tidak menyeronokkan.


5. Anak kecil

Bercuti bersama anak kecil mungkin memerlukan perhatian terutamanya untuk bayi dan kanak-kanak yang berusia 2 tahun dan ke bawah. Pastikan anda telah membekalkan mereka dengan keperluan asas seperti makanan kudap (biskut/roti/buah), lampin pakai buang yang mencukupi, dan mainan kegemaran mereka. Selalunya, bayi atau kanak-kanak2 kecil ini sukar menerima perubahan suasana yang berlainan dengan rumah mereka. Selesakan mereka sebaik mungkin, dan anda akan mendapati ianya adalah pengalaman paling bermakna untuk percutian ini.


6. Mencari maklumat

Anda dinasihatkan membuat sedikit carian maklumat supaya percutian anda menjadi sangat berbaloi. Baca sedikit info mengenai hotel yang anda telah pilih untuk menginap. Baca komen-komen tetamu terdahulu mengenai pengalaman mereka sewaktu menginap di hotel tersebut. Aktiviti-aktiviti juga perlu dirancang supaya percutian anda bukan hanya 'terperap' di bilik hotel. Cari di talian, "things to do" di destinasi pilihan anda. Pilihlah tempat yang mempunyai keunikan, bagus dan diakui oleh kebanyakan orang. Jangan sampai anda pergi ke tempat yang tidak menyeronokkan dengan harga yang tidak berbaloi. Ini boleh menjadi mimpi ngeri dalam percutian anda!!! 


7. Sediakan dokumen perjalanan

Sekiranya anda merancang percutian ke luar negara, pastikan dokumen perjalanan anda masih sah. Passport masih sah digunakan tidak kurang dari 6 bulan sebelum tamat tempoh. Sekiranya destinasi anda memerlukan visa, segerakan urusan tersebut. Tiket dan pelbagai lagi dokumen yang diperlukan perlu diperiksa dengan teliti dan baik.

-corat coret-
Norazwani Binti Suhaimi
 

Monday, December 5, 2016

Selamat Datang!



Blog ini dibangunkan bagi tujuan memberi kemudahan kepada semua pembaca khususnya di kalangan pelajar dan pensyarah di bawah Program Sijil Pelancongan dan Pengembaraan (SPL) Kolej Komuniti Hulu Selangor dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia amnya.



Kewujudan blog ini diharap dapat dimanfaatkan oleh pelajar terutama ketika mengikuti setiap Kursus di bawah Program SPL ini. Blog ini akan berfungsi sebagai ONE STOP CENTRE yang membolehkan pelajar mencapai nota pembelajaran, maklumat aktiviti pembelajaran dan membuat latihan secara atas talian (online).



Melalui blog ini pensyarah juga dapat memberikan maklumat dan makluman terkini berkaitan aktiviti kursus masing-masing. Kandungan dan pengisian blog ini akan sentiasa dikemaskini oleh semua pensyarah yang terlibat. Selain daripada itu juga, pelajar dan pensyarah juga dapat sentiasa berhubung dan berbincang tanpa mengira masa dan tempat melalui SHOUTBOX yang disediakan.



Anda juga boleh melihat pelbagai koleksi foto yang dimuat naik di Galeri Gambar. Manakala ruangan CORAT CORET memberi ruang kepada setiap pensyarah SPL untuk memaparkan hasil karya masing-masing yang boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca.



Anda juga boleh memberikan komen bagi tujuan penambahbaikan kepada Blog ini. Semoga Blog ini bermanfaat untuk semua.



Selamat kembali kepada semua pelajar SPL KKHS yang akan mengikuti Sesi Nov 2016 ini. Semoga pengalaman semester lepas menjadi kenangan yang terindah dalam diari hidup anda. Marilah sama-sama kita membuka lembaran baru untuk semester yang baru ini.



Monday, August 17, 2015

ANTARA CITA-CITA DAN AIR MATA!!



Semasa Farewell ni..ce tengok muka memasing..sembab semua!!! 

Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Haslinda Abd Hamid, mantan Ketua Program SPL KKHS di atas kenaikan pangkat ke DH48 serta pelantikannya sebagai Pengarah Kolej Komuniti Taiping. Tidak dilupakan juga tahniah diucapkan kepada Puan Rosni Binti Hamat dan En Harulnizam Bin Mohamad yang turut berjaya dalam proses kenaikan pangkat DH48 baru-baru ini. Kedua-dua mereka telah berpindah dari KKHS di mana Puan Rosni ke Kolej Komuniti Sungai Siput manakala En Nizam ke Politeknik Sandakan..... ye, Sandakan Sabah!!! jauh kan...Hidup mesti diteruskan. En. Nizam telah berpindah bersama-sama chenta hatinya, Puan Nor Rasyida, yang juga pensyarah Pelancongan di KKHS.

Umpama cerita 10 budak hitam kan...tetapi yang tu satu-satu kena kick. ok lah sikit. Tapi yang jadi kat Unit kami ini, 4 sekali berpindah.. Sob..Sob..Sob.... menangis tu tak payah cakap la. kembang, bengkak bijik mata semua. HIHI...

We miss u... terasa betul kehilangan otai-otai kami ini. (T_T)

Sunday, October 12, 2014

IMBAS KEMBALI...

Salam Mesra,

Pejam celik Semester Pengajian Julai 2014 kini hampir ke penghujungnya. Ketika ini, SEMUA pelajar KKHS sedang menduduki Peperiksaan Akhir Semester yang akan berlangsung sepanjang minggu ini. Semoga Berjaya !!

Imbas kembali...Banyak yang telah kita lalui sepanjang tempoh empat bulan kebelakangan ini. Suka, duka, susah dan senang telah pun kita harungi. Apa pun yang telah kita tempuhi, pasti ianya menjadi sebahagian daripada kenangan dan pengalaman kepada kita semua. Bertemu rakan baru...bersengketa sesama rakan...bermasam muka...bermaafan...bergelak ketawa...menangis...menerima kejutan..membuat kejutan...merajuk...dipujuk....sakit hati...menyakitkan hati....Semuanya asam garam dalam persahabatan dan pastinya mengukuhkan ikatan kekeluargaan SPL khususnya. Jangan berdendam dan sentiasa semaikan keikhlasan dalam hati. Hormat menghormati dan saling menghargai pasti memberikan kita ketenangan dalam jiwa.

Buat semua...buangkan yang keruh dan ambil yang jernih. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam...dan hari-hari esok terbaik buat kita semua..!!!

Buat pelajar SPL1..selamat menempuh hari-hari pengajian seterusnya dalam Semester Baru. Buat SPL 3...Selamat Maju Jaya dalam Latihan Industri yang akan ditempuhi nanti. Buat pensyarah...semoga CERIA selalu!!!

Sekian, buat kali ini...








Wednesday, July 23, 2014

Assalamualaikum...

Hari ini genap 26 hari kita menikmati bulan Ramadhan yang penuh barakah. Alhamdulillah...Allah masih mengurniakan kita kesempatan untuk terus bernafas dan menikmati segala kurniaanNya.

Ramadhan 1435H ini...melakar kenangan pahit dan manis bagi semua warga SPL KKHS. Pada 1 Julai 2014...kami menerima kehadiran sekumpulan anak-anak didik yang baru iaitu semua pelajar SPL 1. Bermula hari itulah ikatan ukhuwah dan kemesraan mula terjalin di kalangan kami. Keceriaan dan kenakalan pelajar-pelajar baru dan lama sentiasa memberikan semangat yang tidak ternilai kepada semua pensyarah SPL KKHS. Keceriaan tergambar di setiap wajah warga SPL KKHS..baik pelajar mahupun pensyarah.

Ikatan kekeluargaan yang terjalin ini dikukuhkan lagi dengan program CERIA RAMADHAN SPL KKHS 2014 yang dilaksanakan pada 16 Julai 2014 di bangunan Blok B KKHS. Program dimulakan dengan aktiviti gotong royong memasak bubur lambuk, menghias lobi, solat Maghrib berjemaah dan berbuka puasa sambil membuat rakaman Video Klip Raya Unit SPL KKHS 2014 " SPL Glamour Nak Raya 2014". Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Ikatan ukhuwah di kalangan kami semakin erat.















Ya Allah!! Dalam kegembiraan dan keceriaan kami alpa sehingga tidak pernah terfikir bahawa Kau akan menduga kami dengan satu ujian yang amat memedihkan. Pada pagi 23 Julai 2014 bersamaan 25 Ramadhan 1435H, genap seminggu selepas Program CERIA RAMADHAN dijalankan hujan turun dari awal pagi dan mendinginkan suasana. Pada ketika itulah salah seorang pelajar SPL 1B telah terlibat dalam kemalangan jalanraya yang telah meragut nyawanya. Arwah ialah Muhammad Muzammir bin Khalid...pelajar yang sentiasa ceria, berbudi bahasa dan sangat menonjol dan berpotensi di dalam kelas. Innalillahiwainnailaihirajiun....Ya Allah hanya Engkau yang Maha Mengetahui segala percaturan dariMU. Kami redha Ya Allah..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di sisiMU. InsyaAllah...Amiiin !!  ALFATIHAH..


Kepada semua pembaca dan Warga SPL KKHS...Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.