Kepada pelajar-pelajar sekalian.
Modul SPL 1064:
Modul Pertolongan Cemas ini memberikan pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan dalam melaksanakan aktiviti rekreasi pelancongan dan juga dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Semoga perkongsian ilmu ini akan dapat memberikan banyak manfaat dan kemudahan untuk semua dalam proses pembelajaran dan aspek kehidupan seharian.
TOPIK 1:
Pelajar-pelajar akan mempelajari maklumat asas tentang definisi dan konsep Pertolongan Cemas. Pelajar-pelajar juga akan dapat mengetahui peranan sebagai seorang Pemberi Pertolongan Cemas.
TOPIK 2:
AMALAN PERTOLONGAN CEMAS
Mempelajari kaedah-kaedah untuk mengenalpasti latar belakang mangsa, mengumpul bukti-bukti diri mangsa dan mengenalpasti simptom dan tanda-tanda kecederaan pada mangsa.
TOPIK 3:
MENGENALPASTI SITUASI KETIKA KECEMASAN
Topik ini menerangkan cara-cara untuk mengenalpasti situasi kecemasan, memastikan keselamatan kawasan dan tindakan untuk menghubungi pihak berkuasa.
TOPIK 4:
MENGHADAPI PELBAGAI KECEDERAAN
Menerangkan rawatan kepada mangsa kemalangan besar, kemalangan jalanraya, kebakaran, kecederaan elektrik dan lemas.
TOPIK 5:
PERNAFASAN TIDAK TERATUR
Jenis-jenis rawatan yang diberikan untuk mengendalikan mangsa yang mengalami sesak nafas, tercekik dan tersedut asap.
TOPIK 6:
LUKA DAN PENDARAHAN
Menerangkan jenis-jenis luka dan pendarahan serta cara untuk merawat.
TOPIK 7:
SENGATAN DAN GIGITAN
Cara untuk merawat mangsa yang terkena gigitan haiwan, sengatan serangga, hidupan laut berbisa dan patukan ular.
TOPIK 8:
SELARAN DAN LECURAN
Menerangkan tentang jenis-jenis selaran dan lecuran serta cara untuk merawat mangsa.
TOPIK 9:
DAYA KESEDARAN YANG TIDAK TERATUR
Rawatan kepada mangsa yang tidak sedarkan diri (pengsan) dan mangsa epilepsi.
TOPIK 10:
Cara-cara untuk merawat mangsa yang menghadapi Hipotermia dan Hipertermia.
TOPIK 11:
Jenis-jenis kecederaan dan rawatan kepada mangsa akibat terseliuh, kekejangan dan patah.
TOPIK 12:
KERACUNAN
Topik ini menerangkan tentang definisi keracunan, jenis-jenis racun, simptom-simptom mangsa dan rawatan kepada mangsa.
TOPIK 13:
BENDA-BENDA ASING
Rawatan kepada mangsa yang terkena benda asing dalam kulit, mata, telinga dan hidung.
TOPIK 14:
PEMBEBAT DAN PEMBALUT
Jenis-jenis pembalut dan cara-cara rawatan menggunakan tuaman sejuk, pembebatan dan pembebatan segitiga. Melakukan rawatan bebat dan balutan luka mangsa di kepala, mata, tangan dan kaki.
TOPIK 15:
PENGENDALIAN USUNGAN DAN PEMINDAHAN MANGSA
Pengendalian usungan dan pemindahan mangsa.
TOPIK 16:
PELBAGAI KEADAAN KESIHATAN
Menerangkan rawatan kepada mangsa yang mengalami demam, sakit kepala, sakit telinga, sakit gigi, sakit perut, cirit birit dan muntah, hernia, histeria, tersedak dan alahan.
TOPIK 17:
HEMBUSAN DAN TEKANAN
Penerangan tentang prinsip-prinsip hembusan dan tekanan dengan menggunakan teknik CPR ke atas orang dewasa, kanak-kanak dan bayi.
*******************PENILAIAN BERTERUSAN*******************
1. AMALI
Sila klik di sini untuk arahan Amali:
2. TUGASAN
Sila klik di sini untuk arahan Tugasan:
Aktiviti Kursus Asas Pertolongan Cemas yang dianjurkan adalah kerjasama dengan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Kuala Kubu Bharu, Selangor
........................................................................
BIODATA PENSYARAH
Nama: Maliah bt. Rohaizat
Tempat Lahir: Kg. Mentaus, Negeri Sembilan
Pendidikan:
Ijazah Sarjana Muda (Kep.) Sains Pengurusan Pelancongan (UiTM, Shah Alam) - 2010
Dip. Pengurusan Pelancongan (Politeknik Merlimau) - 2007
ggwp kolej komuniti hulu selangor
ReplyDeleteBoleh dptkan defininasi Luka,jenis Luka,rawatan,
ReplyDeleteLuka (wound) - a break in the skin (discontinuity)
DeleteJenis luka - Terbuka, Tertutup
Rawatan - hentikan pendarahan (direct pressure / indirect pressure), bandaging & dressing, toilet & suture (jahitan)
...penerangan yg lebih detail boleh cuba cari @ google