(SPL 2053)
BIODATA PENSYARAH
SINOPSIS
Kursus ini memberi penekanan kepada aspek pembinaan ketrampilan ucapan awam dan pengurusan diri di mana pelajar akan didedahkan dengan aspek-aspek khidmat pelanggan, etika sosial, komunikasi, pengucapan awam serta budaya bekerja dalam pasukan bagi memantapkan penampilan pelajar, dengan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan latihan amali, aktiviti berkumpulan, simulasi dan perbincangan.
BAB 1 : PERKHIDMATAN PELANGGAN
Topik ini
merupakan pengenalan kepada perkhidmatan pelanggan yang
berkualiti bergantung kepada kepuasan hati pelanggan. Topik ini meliputi
perkhidmatan melalui panggilan telefon, bersemuka dan kaunter hadapan. Perkhidmatan
pelanggan juga melibatkan cara mengetahui gelagat dan perwatakan serta
keperluan yang diperlukan oleh pelanggan.
|
||
BAB 2 : ETIKA SOSIAL
|
||
Topik ini merupakan
pengenalan kepada etika sosial, aspek pengurusan diri, gaya berdiri, gaya
berjalan, gaya duduk dan gaya berpakaian. Topik ini juga membincangkan
adab-adab sosial dalam majlis seperti adab berbual, adab di majlis makan
serta tatacara di dalam majlis, etika sapaan, kesedaran sivik dan etika hos dan
tetamu.
|
||
BAB 3: KOMUNIKASI
|
||
Topik ini menerangkan tentang elemen dalam proses komunikasi, fungsi
komunikasi dan jenis komunikasi. Topik ini juga turut membincangkan tentang
keberkesanan komunikasi, teknik penggunaan telefon yang betul serta kemahiran
komunikasi secara bersemuka.
|
BAB 4 : BEKERJA DALAM PASUKAN
|
||
Topik ini memberi kefahaman mengenai
definisi pasukan, bentuk persekitaran pasukan serta persekitaran pasukan yang
berkesan. Turut ditekankan dalam topik ini ialah kepentingan pembentukan
pasukan, langkah-langkah pembentukan pasukan, ciri-ciri sebuah pasukan yang
berkesan dan ciri-ciri kepimpinan dalam sesebuah pasukan.
|
BAB 5 : PENGUCAPAN AWAM
|
||
Topik ini menerangkan mengenai teknik
pengucapan awam yang berkesan, teknik mengawal rasa gementar serta membuat
senarai semak pengucapan awam. Topik ini juga membincangkan teknik-teknik
penyediaan teks ucapan, menunjukkan cara penggunaan alatan audio visual yang betul serta
menjalankan latihan pengucapan awam yang akan dinilai di akhir proses
pengajaran dan pembelajaran.
|
No comments:
Post a Comment