Selamat datang ke Unit SPL, dan mengerling sebentar ke page Kursus SPL 2073 (Budaya Malaysia).
Budaya dan Pelancongan bergerak seiring ye anak-anak. Tiada budaya, tiadalah pelancongan. Cuba lihat di negara-negara jiran kita, saya beri contoh negara Indonesia dan Thailand. Dua negara ini menjadi tatikan kepada pelancong untuk melancong kerana negara mereka kaya dengan seni budaya yang tersendiri.
Malaysia juga tidak terkecuali. Negara kita kaya dengan khazanah budaya , seni dan warisan yang begitu indah untuk kita kongsi. Kita tidak sedar, kerana budaya lah kita dapat kecapi segala keindahan warisan yang ada pada hari ini. Seni ukir kayu, permainan tradisional, bahasa, tatacara hidup sesuatu kaum, pakaian, makanan, dan seni muzik adalah antara contoh budaya yang kita bawa dalam kehidupan kita.
Indah sekali bukan???
Sehubungan itu, Kursus ini diperkenalkan kepada para pelajar Sijil Pelancongan dan Pengembaraan. Kita tanamkan dalam diri kita supaya kecintaan kepada seni budaya serta warisan tidak pudar dalam diri sampai bila-bila.
"BUDAYA KITA, WAJAH KITA"
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir kursus
ini, pelajar dapat :-
TOPIK-TOPIK YANG AKAN DIPELAJARI
JADUAL PENILAIAN BERTERUSAN (PB)
Sekarang, kita akan bincangkan setiap
topik yang akan dipelajari melalui nota yang telah dilampirkan sekali di setiap
seksyen...
Di bawah tajuk ini, kita akan melihat
definisi budaya dan kepentingan budaya di dalam industri pelancongan,
terutamanya di dalam Malaysia. Pelajar juga akan didedahkan dengan organisasi
yang terlibat secara langsung dengan budaya di Malaysia. Pelajar akan mengetahui
dan memahami tentang visi, misi, objektif dan fungsi organisasi tersebut.
Nota
Di bawah tajuk ini, kita akan melihat
kembali sejarah masyarakat majmuk di Malaysia. Kita akan mengimbau kembali
faktor-faktor kaum Cina, India dan lain-lain berhijrah ke Tanah Melayu. Selain
itu, pelajar akan lebih memahami bagaimana kemasukan imigran-imigran ini ke
Tanah Melayu. Pelajar juga akan melihat kesan dari masyarakat majmuk pada waktu
itu, dan kesannya pada waktu sekarang.
Nota
Di bawah tajuk ini, kita akan melihat agama dan kepercayaan yang dianuti oleh pelbagai kaum di Malaysia. Selain dari 3 kaum majoriti iaitu Melayu, Cina dan India, kita akan memahami dengan lebih lanjut tentang kepercayaan dan agama yang dianuti oleh penduduk di Sabah dan Sarawak. Walaupun agama Islam adalah agama rasmi negara, penduduk di Malaysia bebas menganut dan mengamalkan kepercayaan masing-masing.
Nota
Tajuk ini akan membawa pelajar memahami tentang kepelbagaian bangsa yang terdapat di Malaysia. Dari pelbagai bangsa ini, maka lahirlah pelbagai bahasa yang digunakan oleh masyarakat di Malaysia dalam kehidupan seharian. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan difahami oleh seluruh penduduk. Namun begitu, bahasa lain yang dituturkan oleh bangsa lain diterima baik oleh semua.
Nota
No comments:
Post a Comment