Sunday, October 12, 2014

IMBAS KEMBALI...

Salam Mesra,

Pejam celik Semester Pengajian Julai 2014 kini hampir ke penghujungnya. Ketika ini, SEMUA pelajar KKHS sedang menduduki Peperiksaan Akhir Semester yang akan berlangsung sepanjang minggu ini. Semoga Berjaya !!

Imbas kembali...Banyak yang telah kita lalui sepanjang tempoh empat bulan kebelakangan ini. Suka, duka, susah dan senang telah pun kita harungi. Apa pun yang telah kita tempuhi, pasti ianya menjadi sebahagian daripada kenangan dan pengalaman kepada kita semua. Bertemu rakan baru...bersengketa sesama rakan...bermasam muka...bermaafan...bergelak ketawa...menangis...menerima kejutan..membuat kejutan...merajuk...dipujuk....sakit hati...menyakitkan hati....Semuanya asam garam dalam persahabatan dan pastinya mengukuhkan ikatan kekeluargaan SPL khususnya. Jangan berdendam dan sentiasa semaikan keikhlasan dalam hati. Hormat menghormati dan saling menghargai pasti memberikan kita ketenangan dalam jiwa.

Buat semua...buangkan yang keruh dan ambil yang jernih. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam...dan hari-hari esok terbaik buat kita semua..!!!

Buat pelajar SPL1..selamat menempuh hari-hari pengajian seterusnya dalam Semester Baru. Buat SPL 3...Selamat Maju Jaya dalam Latihan Industri yang akan ditempuhi nanti. Buat pensyarah...semoga CERIA selalu!!!

Sekian, buat kali ini...