Tuesday, December 6, 2016

Tips Merancang Percutian


Percutian adalah merupakan salah satu cara untuk menenangkan minda dan juga masa untuk bersama keluarga. Oleh itu, percutian anda hendaklah menjadi satu kenangan yang manis sepanjang hidup anda. Walaubagaimanapun, ramai yang menganggap, percutian yang menarik memerlukan belanja yang banyak dan tidak mampu dimiliki.

Jika anda bercadang untuk bercuti, ada beberapa perkara yang anda harus tahu dan lakukan terlebih dahulu. Tidak kira bercuti di dalam atau di luar negara, yang paling penting ialah merancang percutian mengikut bajet atau kemampuan yang telah ditetapkan.

Di sini, kami cuba memberi sedikit panduan merancang percutian untuk membantu anda membuat persediaan percutian anda.

Lets check it out!!!!

1. Rancang lebih awal

Sediakan tabung pelancongan seawal 6 bulan atau setahun daripada tarikh anda merancang untuk melancong. Untuk tidak membebankan anda, menabung secara konsisten membuatkan anda rasa sangat selesa untuk merancang percutian.

Sebelum itu, anda dinasihatkan untuk menentukan samada anda ingin:
  • Percutian ke pulau-pulau, taman tema, atau pusat-pusat peranginan
  • Selepas itu, anda akan memilih destinasi yang menawarkan percutian seperti yang anda inginkan. Ambil kira tentang aktiviti, hal-hal pengangkutan dan juga penginapan dan tempat-tempat menarik di destinasi pilihan.
  • Jumlah peserta yang akan bercuti bersama anda - penting untuk menentukan kos.

2. Rancang waktu

Kebiasaannya orang akan mula melancong setiap kali cuti panjang atau cuti persekolahan. Di waktu puncak seperti ini harga tiket kapal terbang, hotel, sewa kereta dan segala pakej pelancongan akan mula naik dan amat berbeza dengan harga di hari-hari biasa. Cuba elakkan melancong diwaktu puncak terutamanya di penghujung tahun.


3. Bajet

Kebiasaannya, percutiaan memang memerlukan belanja yang besar. Bergantung kepada kos penginapan, kos pengangkutan, kos aktiviti, makanan, dan wang kecemasan. Sekiranya anda ingin merancang bajet, pastikan anda telah menetapkan amaun yang bersesuaian. Contohnya RM200/mlm untuk penginapan. Anda akan membuat carian hotel/homestay/apartmen melalui laman web berdasarkan bajet yang telah anda buat.Lebih mudah, buka sahaja Trivago dan perbandingan antara web akan dibuat secara automatik. Begitu juga dengan kos-kos lain yang terlibat sewaktu anda merancang untuk bercuti. 

Sediakan wang mengikut bajet yang telah anda sediakan. Jika boleh, elakkan daripada berbelanja lebih dari bajet anda. 


4. Rancang cuti rehat

Untuk yang bekerja, penting untuk anda rancang tarikh bercuti dan beritahu bos awal-awal. Bila da bagitahu bos awal, dia pun boleh rancang apa yang perlu dibuat bila anda bercuti. Dan anda akan sedaya upaya menyelesaikan kerja sebelum bercuti panjang. Jika tidak, anda akan diganggu sewaktu bercuti bertanyakan hal-hal kerja. Ini sangat tidak menyeronokkan.


5. Anak kecil

Bercuti bersama anak kecil mungkin memerlukan perhatian terutamanya untuk bayi dan kanak-kanak yang berusia 2 tahun dan ke bawah. Pastikan anda telah membekalkan mereka dengan keperluan asas seperti makanan kudap (biskut/roti/buah), lampin pakai buang yang mencukupi, dan mainan kegemaran mereka. Selalunya, bayi atau kanak-kanak2 kecil ini sukar menerima perubahan suasana yang berlainan dengan rumah mereka. Selesakan mereka sebaik mungkin, dan anda akan mendapati ianya adalah pengalaman paling bermakna untuk percutian ini.


6. Mencari maklumat

Anda dinasihatkan membuat sedikit carian maklumat supaya percutian anda menjadi sangat berbaloi. Baca sedikit info mengenai hotel yang anda telah pilih untuk menginap. Baca komen-komen tetamu terdahulu mengenai pengalaman mereka sewaktu menginap di hotel tersebut. Aktiviti-aktiviti juga perlu dirancang supaya percutian anda bukan hanya 'terperap' di bilik hotel. Cari di talian, "things to do" di destinasi pilihan anda. Pilihlah tempat yang mempunyai keunikan, bagus dan diakui oleh kebanyakan orang. Jangan sampai anda pergi ke tempat yang tidak menyeronokkan dengan harga yang tidak berbaloi. Ini boleh menjadi mimpi ngeri dalam percutian anda!!! 


7. Sediakan dokumen perjalanan

Sekiranya anda merancang percutian ke luar negara, pastikan dokumen perjalanan anda masih sah. Passport masih sah digunakan tidak kurang dari 6 bulan sebelum tamat tempoh. Sekiranya destinasi anda memerlukan visa, segerakan urusan tersebut. Tiket dan pelbagai lagi dokumen yang diperlukan perlu diperiksa dengan teliti dan baik.

-corat coret-
Norazwani Binti Suhaimi
 

Monday, December 5, 2016

Selamat Datang!



Blog ini dibangunkan bagi tujuan memberi kemudahan kepada semua pembaca khususnya di kalangan pelajar dan pensyarah di bawah Program Sijil Pelancongan dan Pengembaraan (SPL) Kolej Komuniti Hulu Selangor dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia amnya.



Kewujudan blog ini diharap dapat dimanfaatkan oleh pelajar terutama ketika mengikuti setiap Kursus di bawah Program SPL ini. Blog ini akan berfungsi sebagai ONE STOP CENTRE yang membolehkan pelajar mencapai nota pembelajaran, maklumat aktiviti pembelajaran dan membuat latihan secara atas talian (online).



Melalui blog ini pensyarah juga dapat memberikan maklumat dan makluman terkini berkaitan aktiviti kursus masing-masing. Kandungan dan pengisian blog ini akan sentiasa dikemaskini oleh semua pensyarah yang terlibat. Selain daripada itu juga, pelajar dan pensyarah juga dapat sentiasa berhubung dan berbincang tanpa mengira masa dan tempat melalui SHOUTBOX yang disediakan.



Anda juga boleh melihat pelbagai koleksi foto yang dimuat naik di Galeri Gambar. Manakala ruangan CORAT CORET memberi ruang kepada setiap pensyarah SPL untuk memaparkan hasil karya masing-masing yang boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca.



Anda juga boleh memberikan komen bagi tujuan penambahbaikan kepada Blog ini. Semoga Blog ini bermanfaat untuk semua.



Selamat kembali kepada semua pelajar SPL KKHS yang akan mengikuti Sesi Nov 2016 ini. Semoga pengalaman semester lepas menjadi kenangan yang terindah dalam diari hidup anda. Marilah sama-sama kita membuka lembaran baru untuk semester yang baru ini.