Anda Kreatif??
Anda banyak idea??
Ingin memenangi wang besar??
Jom sertai pertandingan ini.....
Keep Calm and Move Your Pen n Pencil...
SYARAT-SYARAT MENCIPTA LOGO
PROGRAM SIJIL PELANCONGAN & PENGEMBARAAN KOLEJ KOMUNITI HULU SELANGOR
1. Penyertaan
adalah sebanyak RM 5.00 dan terbuka kepada semua pensyarah, pelajar dan alumni
daripada Sijil Pelancongan dan Pengembaraan Kolej Komuniti Hulu Selangor.
2. Peserta
boleh menghantar maksimum 2 penyertaan sahaja. Walau bagaimanapun, hanya SATU (1) logo sahaja dipilih sebagai
pemenang utama.
3. Rekabentuk
logo hendaklah hasil ciptaan yang asli dan mengikut kreativiti masing-masing.
4.
Rekabentuk
logo bolehlah dicipta sama ada dengan lukisan tangan atau menggunakan grafik
komputer serta hendaklah dihantar dalam dua (2) bentuk berikut :
a. Dalam
saiz A4 (ukuran 21 cm x 29.7 cm) dalam bentuk “Sketches” atau “painting” dan
dilekatkan pada kertas tebal atau mounting board; dan
b. Dalam
bentuk “softcopy” menggunakan format JPEG resolusi minimum 1280 x 960.
5.
Logo
yang dicipta hendaklah:
a.
Mempunyai penjelasan atau
maksud atau rasional. Keterangan ringkas atau penjelasan mengenai reka bentuk
logo, simbol serta warna yang digunakan hendaklah disertakan (maksimum 50 patah
perkataan sahaja).
b.
Pengunaan AKRONIM yang
menjelaskan maksud setiap abjad S.P.L (contoh; S bermaksud Suka)
c.
Warna SPL : BEBAS
d.
Tidak
mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif serta boleh
menyinggung mana-mana pihak.
6.
Semua
logo yang diterima oleh Jawatankuasa Unit SPL akan menjadi hak milik unit dan
tidak akan dikembalikan. Unit SPL berhak ke atas logo yang terpilih sama ada
untuk dipindah atau diubahsuai ataupun bagi maksud untuk digunakan atau
dipamerkan ataupun dicetak dalam mana-mana majlis dan barangan unit SPL.
7. Setiap
penyertaan hendaklah dihantar ke alamat di bawah sebelum atau selewat-lewatnya
pada 3 April 2017 (Isnin) jam 5.00
Petang : Urus Setia Pertandingan Mencipta Logo Unit SPL (PIC: Puan Noraida
Binti Abu Seman). Kolej Komuniti Hulu Selangor, No 43-57, Jalan Kelah 2, Taman
Perniagaan Kelah,44300 Batang Kali, Selangor. No Tel: 016-3350994
8. Borang
penyertaan boleh didapati melalui pensyarah kelas masing-masing atau berurusan
dengan Puan Noraida di talian 016-3350994 (Alumni)
9. Pemenang
akan menerima hadiah bernilai wang tunai RM 200 berserta sijil penyertaan.
10. Keputusan
akan diumumkan melalui kkhstourism.blogspot.com.
Keputusan panel penilai adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan
dilayan.